Ramai orang sanggup buat apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup ekoran pandemik COVID-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, tular rakaman video menunjukkan seorang pemandu teksi mengamuk dan telah melanggar beberapa buah teksi lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Dikhabarkan perselisihan faham antara dua pemandu tersebut berpunca daripada salah seorang darinya memotong giliran.

Menurut portal Kosmo, pemandu itu dikatakan bergaduh dengan salah seorang pemandu teksi lain sebelum memasuki kenderaannya dan bertindak melanggar sebuah teksi.

Setelah melanggar teksi tersebut, pemandu itu keluar dari kenderaanya dan terbaring seketika di tepi tempat menunggu teksi dan dia bangun semula untuk melanggar lagi beberapa teksi lain.

Video yang tular di pelbagai platform media sosial telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Rata-rata menyatakan pemandu tersebut berbuat sedemikian ekoran tertekan dengan situasi semasa yang menyebabkan kekurangan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

vocket-pemandu-teksi-berang-potong-barisan-2
Sumber Gambar: Facebook Sabah Post
vocket-pemandu-teksi-berang-potong-barisan-1
Sumber Gambar: Facebook Sabah Post
vocket-pemandu-teksi-berang-potong-barisan-3
Sumber Gambar: Facebook Sabah Post
vocket-pemandu-teksi-berang-potong-barisan-4
Sumber Gambar: Facebook Sabah Post
vocket-pemandu-teksi-berang-potong-barisan-7
Sumber Gambar: Facebook Sabah Post

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di KKIA itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya, lapor portal Sabah Post.

Baru-baru ini seorang agen Takaful dikecam orang ramai kerana mengambil kesempatan membuat promosi atas kejadian bunuh diri yang kian meningkat di negara kita.

Ambil Kesempatan Isu Bunuh Diri, Iklan Tiada Etika Agen Takaful Ini Buat Netizen Berang

Tekanan Hidup Di Musim Wabak, 902 Kes Keganasan Rumah Tangga Direkodkan Awal Tahun 2021