Sekiranya anda berpendapat tersenarai sebagai antara 100 manusia terkaya dunia sudah cukup untuk membuatkan mereka hidup dengan selesa, mungkin perkara yang sama tidak berlaku buat individu bergelar Elon Musk.

Sebelum ini beliau pernah berkongsi kepada media dimana beliau kini lebih kerap tidur di kilang Tesla kerana tidak sempat untuk pulang mendapatkan rehat yang cukup dan selesa di rumah. Semuanya gara-gara untuk memastikan pengeluaran Tesla Model 3 berjalan dengan lancar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

29173074_15238863710_r (1)

Elon Musk di dalam sebuah temubual turut mengatakan beliau lebih kerap tidur di lantai berikutan sofa yang berada di kilangnya terlalu kecil dan tidak selesa untuk ditidur.

Sehubungan dengan atas segala usaha yang dilakukan Elon Musk dalam membawakan inovasi kepada dunia, para netizen turut simpati dengan nasib Elon serta telah menubuhkan sebuah kempen melalui GoFundMe untuk mengumpul dana dalam memberikan tempat tidur yang selesa buat Elon Musk di kilang tersebut.

Screen Shot 2018-04-19 at 2.37.24 AM

Kempen ini berjaya mendapat respon yang positif daripada para netizen dimana sebanyak $5,341 (~RM20,753.52) telahpun dikumpul sepanjang dua hari kempen ini dijalankan.

Berdasarkan dana yang diterima, pihak yang terlibat bakal mendapatkan tempat tidur buat Elon Musk sekiranya beliau bersetuju. Sekiranya tidak dana tersebut bakal diberikan kepada badan kebajikan yang memerlukan.

Sumber