Terengganu menghadapi situasi banjir yang kian parah apabila seramai 40,456 mangsa berada di 299 pusat pemindahan sementara (PPS). Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya seramai 39,500 mangsa di 299 PPS, malam tadi.

Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya bagi warga media sosial adalah di mana kelibat pemimpin utama negeri terbabit, iaitu Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang dilaporkan hilang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam catatan Facebook semalam, Samsuri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana menyumbang kira-kira RM500,000 kepada Terengganu untuk mangsa banjir dan berikrar untuk menggerakkan bantuan kemanusiaan.

Bagaimanapun, netizen mengulas hantaran terbabit dengan menyindir Samsuri berhubung ketiadaan beliau untuk membantu mangsa banjir di negeri pimpinannya, manakala ada yang mempersoalkan sama ada menteri besar itu sedang bercuti.

Sebahagian pengguna Facebook dan Twitter bertanya kepada Samsuri, “YB dimana?” Manakala sebahagian lagi menyindir Samsuri dengan menyatakan bahawa beliau memimpin negeri terbabit dengan menggunakan ‘alat kawalan jauh’.

Ada yang bertanya sama ada Samsuri kini berada di Auckland, New Zealand, “Utamakan perkara yang lebih kritikal dan penting. Saya harap ahli parlimen dan ADUN akan turun padang untuk membantu mangsa banjir,” kata salah satu komen pada hantaran Samsuri.

 

Untuk rekod, Kemaman kini menjadi daerah yang paling terkesan dengan 9,147 mangsa daripada 2,441 keluarga berasa di 30 PPS di Kemaman.

Besut berada di tangga kedua apabila lebih 2,265 keluarga membabitkan 8,536 mangsa ditempatkan di 88 PPS.

Manakala Hulu Terengganu antara kawasan ketiga paling terkesan di Terengganu diikuti Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.