Menu sarapan pagi rakyat Malaysia pastinya nasi lemak, roti canai dan banyak lagi. Malah, pasti setiap daripada anda mempunyai tempat makan kegemaran anda untuk menikmati hidangan tersebut.

Terbaharu, tular di Facebook apabila netizen terutamanya bekas pelajar UiTM Shah Alam meluahkan rasa rindu terhadap Nasi Lemak Jati. Apa yang istimewanya nasi lemak tersebut?

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Tak sangka hangat isu nasi lemak jati hari ni. Kat wall member2 sama uitm dan grup shah alam pun sebok duk heboh. Bila…

Posted by Muhammad Firdaus on Sunday, 20 October 2019

Untuk pengetahuan anda, nasi lemak yang diketengahkan oleh Nasi Lemak Jati merupakan yang terbaik di Shah Alam dan terkenal dalam kalangan warga Shah Alam. Walaupun hanya beroperasi di food truck sahaja, Nasi Lemak Jati mempunyai peminatnya yang tersendiri. Malah, ada yang sanggup beratur sebelum ianya dibuka lagi setiap hari.

Malah, ada yang mengatakan bahawa Nasi Lemak Jati turut hilang apabila Kolej Jati dirobohkan beberapa tahun yang lalu. Rata-rata netizen juga berkongsi memori mereka bersama rakan-rakan menikmati nasi lemak legend tersebut.

Screenshot 2019-10-22 at 10.00.30 AM

Screenshot 2019-10-22 at 10.00.55 AM

Selain itu, rata-rata netizen juga mengharapkan Nasi Lemak Jati ini akan membuat comeback kerana mereka sangat merindukan rasa nasi lemak tersebut. Difahamkan bahawa pakcik tersebut tidak lagi menjual nasi lemak.

Adakah anda pernah mencuba Nasi Lemak Jati ini? Kongsikan kenangan anda bersama Nasi Lemak Jati yang anda masih ingat.

Tahukah anda nasi lemak berjaya membuat netizen bertikam lidah? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Nasi Lemak Tersedap Malaysia Buat Netizen Bertikam Lidah

‘Foodtruck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

Anda Mungkin Suka