Satu dokumentari mengenai cara kerja Malaysia mengawal penularan wabak COVID-19 telah didokumentasi oleh Al Jazeera, satu agensi media antarabangsa. Secara gambaran meluasnya, dokumentari itu cuba menyalahkan Malaysia kerana mengambil kesempatan melakukan penindasan kaum, diskriminasi dan prejudis terhadap warga asing.

Sejak ia mula disiarkan, beberapa rakyat Malaysia telah tampil mempertahankan kerajaan Malaysia. Mereka mendakwa tiada penindasan kaum yang dilakukan dan menuduh Al Jazeera telah sengaja mencuba untuk memburukkan negara Malaysia. Tambah mereka lagi, tuduhan tidak berasas Al Jazeera ini hadir dengan kajian separuh jalan dan bersikap malas.

Tidak cukup dengan itu, kini beberapa netizen di sosial media sudah mula mengalihkan kemarahan mereka kepada seorang lelaki Bangladesh yang ditemuramah oleh Al Jazeera. Dalam dokumentari yang berdurasi lebih kurang 30 minit itu, lelaki Bangladesh tersebut telah mengapi-apikan situasi dan bertindak mengkritik kerajaan Malaysia.

Dalam satu kenyataannya yang dibuat kepada Al Jazeera, lelaki ini dilaporkan telah dilarang untuk berjumpa dengan kawannya yang telah ditahan oleh pihak berkuasa. Netizen tampil mempertahankan tindakan tersebut kerana semasa berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan, semua orang tidak dibenarkan untuk keluar dan diperintahkan untuk duduk di rumah.

Beberapa netizen di media sosial pula menyatakan bahawa dia tidak bersyukur dengan segala bantuan dan layanan baik oleh kerajaan Malaysia. Mereka turut menambah bahawa lelaki Bangladesh ini tidak memahami undang-undang apabila masuk ke negara orang dengan dokumen yang tidak sah.

Manakala di Facebook pula, beberapa netizen sudah mula mengumpul maklumat peribadi lelaki ini. Ada yang telah mendedahkan namanya yang sebenar dan tempat kerja lelaki tersebut. Netizen juga telah mendedahkan akaun Facebook milik lelaki Bangladesh ini.

Tidak hanya lelaki ini, Facebook wartawan Al Jazeera yang bertanggungjawab menjadi pengacara bagi dokumentasi tersebut juga turut didedahkan. Tetapi ia telah ditutup – mungkin kerana takut diserang oleh tentera bawang.

Bagi rakyat Malaysia, sikap tidak bertanggungjawab lelaki dari Bangladesh ini nyata dilihat tidak ‘manis’. Dia hadir ke Malaysia untuk bekerja dan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding negara asalnya. Tetapi balasannya adalah dengan memburukkan Malaysia di agensi media antarabangsa, ia jelas satu kelakuan yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Terdahulu, Al Jazeera bangkitkan kemarahan rakyat Malaysia dengan tuduhan penindasan kaum, diskriminasi dan prejudis terhadap warga asing. Klik pautan di bawah.

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia