Baru-baru ini, penyanyi kumpulan lelaki Malaysia, CENT2RY atau dikenali sebagai kumpulan Malaysia Pop (M-pop) menjadi bualan ramai apabila mereka menyertai rancangan All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2).

Susulan rancangan tersebut, kumpulan CENT2RY menyanyikan lagu mereka sendiri bertajuk ‘Equal Monster’ sambil menari seperti penyanyi di Korea Selatan yang dikenali sebagai K-Pop.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@malaysianspeaks/video/7176657748577226011?_t=8YBcmsXotQQ&_r=1

Difahamkan, hanya satu juri yang memberi markah kepada mereka manakala 49 juri yang lain tidak bangun untuk memberi markah kerana majoriti juri tercengang dengan persembahan kumpulan itu.

https://www.instagram.com/p/CmCCy-RyoQH/?igshid=NTdlMDg3MTY=

“Lain kali jangan audition diri sendiri,” kata penyanyi Ajai di dalam program berkenaan.

“Saya menghargai usaha awak semua, saya tahu semua nak menari beria-ria tetapi confident sahaja tidak cukup dan ini masih pertandingan nyanyian, pergilah ambil kelas nyanyian,” ujar penyanyi Syafinaz sebagai juri.

Rata-rata netizen bersetuju kumpulan itu terlalu yakin dengan nyanyian mereka sehingga tidak sedar mereka belum bersedia untuk ke pentas ATNM2.



Malah, ada yang mengatakan kumpulan CENT2RY membuat rancangan tersebut seperti Raja Lawak kerana persembahan mereka yang ‘hambar’ itu.

Tidak kurang juga ada yang menasihati kumpulan itu untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai penyanyi atau perkasakan nyanyian dan persembahan jika mahu terus berada dalam industri hiburan.