Orang ramai masih bercakap-cakap mengenai satu video kemalangan yang berlaku di Kilometer 18.4 Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) melibatkan sebuah kereta dipercayai model Honda Civic dengan dua buah motosikal pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku selepas sebuah kereta menukar laluan dari lorong kiri ke kanan sebelum dilanggar dua buah motosikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dua buah motosikal dari arah belakang cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan telah melanggar dibahagian belakang kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada malam semalam.

Sumber Gambar: Utusan TV
Sumber Gambar: Utusan TV

Impak pelanggaran tersebut telah mengakibatkan kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori yang berada di lorong kiri. Manakala salah seorang penunggang motosikal nyaris dilanggar oleh Honda Civic dan lori semasa kedua-dua kenderaan itu berpusing di atas jalan raya.

“Pemandu kereta telah tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Gombak bagi membantu siasatan dan telah membuat laporan pada pukul 1.26 petang.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah Zainal Mohamed lagi.

Manakala kedua-dua penunggang motosikal kini dirawat di Hospital Selayang, lapor Utusan TV.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat rakaman sebuah motosikal menukar lorong secara berbahaya tanpa menghiraukan kenderaan lain dibelakangnya.

‘Semua Lorong Dia Sapu’- Netizen Tegur Penunggang Motosikal Layan Selekoh Secara Berbahaya

Pemandu Kurang Sihat Jadi Punca Myvi Terbabas Masuk Kawasan Perkuburan