Pada hari semalam tular satu rakaman dashcam seorang penunggang motosikal nyaris digilis selepas dia didapati tertidur secara microsleep apabila lori tangki berada di sebelah kirinya.

Di awal rakaman video tersebut, penunggang motosikal itu memberikan signal untuk masuk ke lorong kanan selepas melepasi lampu isyarat. Setelah berada beberapa meter hadapan kenderaan yang merakam video kejadian itu, penunggang motosikal itu tiba-tiba meluru dan merempuh bahagian kepala lori berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejurus pelanggaran itu berlaku, penunggang dan motosikalnya tercampak di atas jalan raya, lalu tayar belakang lori tangki itu melanggar sedikit bahagian motosikal. Manakala penunggang itu pula terselamat daripada digilis apabila dia tercampak di tengah-tengah jalan.

Kemudiannya mangsa segera bangun dalam keadaan bingung, lalu membuka topi keledar dan berjalan menuju ke pembahagi jalan untuk duduk di atasnya. Manakala pemandu lori tangki itu pula memberhentikan kenderaan di tepi bahu jalan sejurus menyedari bahagian kepala lorinya dilanggar.

Perkongsian video itu telah mendapat reaksi orang ramai yang berasa ngeri dan pada masa sama meluahkan rasa bersyukur kepada penunggang motosikal itu kerana mangsa terselamat daripada insiden yang boleh meragut nyawanya.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah netizen yang pernah mengalami sendiri pengalaman microsleep semasa di atas jalan raya, andaikata ada pemandu atau penunggang berasa sangat penat, disarankan agar berehat terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana sekali terlelap, ia boleh mengundang kemalangan.

Dalam satu kejadian lain pula, sebuah Axia diseret kereta api selepas dia didakwa cuba melintasi kawasan landasan kereta api. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Insiden Axia Kena Langgar Kereta Api Cetus Perdebatan Ramai

Sengaja Cederakan Diri Dalam Kemalangan, Lelaki Warga Myanmar Ditahan Polis

Cemas Dikejar Gajah Semasa Lalu Jalan Gerik-Jeli, Netizen Kongsi Pengalaman Cara Untuk Hadapinya

Sumber