Sebelum ini tular video menunjukkan seorang wanita mengamuk di sebuah 7-Eleven apabila dikatakan seorang pekerja di kedai berkenaan didakwa ‘menuduh’ anak kepada wanita ini mencuri.
Terbaharu, tular pula video memaparkan wanita terbabit bersama anaknya membuat ‘review’ makanan di sebuah kafe di Terengganu. Video tersebut telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial dan menjadi perhatian orang ramai.
Untuk pakcik saya download terus pic.twitter.com/H92Irqdwal
— juju stan acc (@AyamAcc) March 5, 2022
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa pelik kerana kafe tersebut telah memanggil wanita terbabit untuk membuat review sedangkan terkenal disebabkan tingkahlaku yang ‘biadab’.
Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan tidak seharusnya mereka yang viral kerana benda tidak bermanfaat dianggap sebagai ‘influencer’. Malah, Ceddy yang merupakan antara ‘food review’ turut bergurau mengatakan bahawa selepas ini pasti dirinya susah mahu cari makan.
Matilah the 7E kak long is coming for my gig!!!!!!!! Sekarang food review job pun dia sapu!!! Look what you all have done!!!!!!!!! 😭
— Ceddy (@CeddyOrNot) March 7, 2022
Ye I know this kakak is very the kurang ajar and xd adab. But somehow kita pn pernah lalui fasa x senang dgn layann pelayn tp we keep it to ourselves. If this method boleh ubah gaya hidup dan tmbh rezeki dia why not? Some pple deserve a second chance kan? https://t.co/H0CEPd6KXm
— lilLOBAK (@meya_sara) March 8, 2022
yall really be making people like this famous and yall get weirded out as to why people are acting stupid all time, its because you give them the attention they thirst for. https://t.co/i94jwbub3b
— anis (@pdlkom) March 8, 2022
Why are people normalising rude people to become faces of influence. If this keeps up here,we are going to see more and more unwanted publicity of bad behaviour in our country (for clout,attention seekers etc) which is just an absolute embarassment https://t.co/48q4m8CN5Y
— 부아차 🐻🐶 (@boolyfe_) March 7, 2022
Segelintir netizen turut telah meninggalkan ‘bad review’ di Google sebagai tanda boikot kafe tersebut yang mengambil keputusan memanggil wanita itu membuat review makanan.
Tidak hanya itu, para netizen juga meninggalkan komen di Instagram kafe tersebut. Ada juga yang mendakwa bahawa video tersebut sebenarnya video lama dan hanya dikongsi kembali. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada kafe tersebut berhubung isu itu.
Bagi anda yang terlepas berita kenapa wanita ini viral, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen
Diminta Dedahkan Rakaman CCTV ‘Tuduhan’ Mencuri, Ini Respon Daripada Pengurus 7-Eleven