Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun pada 23 Mei lalu bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Menurut Berita Harian, pertemuan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, apa yang kurang senang dari lawatan ini adalah apabila netizen mula persoalkan kehadiran Jovian Mandagie dalam lawatan rasmi Ismail Sabri ke Jepun selepas salah satu gambar yang dimuat naik oleh laman berita Bernama tular di media sosial.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Jovian yang memakai sut kelabu gelap, berkaca mata serta memakai pelitup muka keluarannya sendiri.

Beliau yang juga menantu Ismail Sabri turut memuatnaik satu Instagram Story yang menunjukkan keberadaan beliau di Jepun. Namun Stories itu kemudiannya dipadam selepas netizen mempersoalkan kehadiran beliau di sana.

Untuk rekod, sehingga kini tiada apa-apa kenyataan daripada Jovian mahupun pihak berwajib mengenai keperluan Jovian mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.

Tali putus ketika promosi secara ‘live’, netizen persoal kualiti pelitup muka Jovian. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

Banjir Di Shah Alam, Menantu PM Jawab Dakwaan ‘Diselamatkan’ Guna Helikopter

Rahsia Sebalik Baju Batik Menteri Yang Buat Penonton ‘Terliur’ Di Depan Kaca TV