Gegar Vaganza musim keenam sekali lagi membuat kejutan apabila dua peserta rancangan itu iaitu Naqiu dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara bersama pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, semalam.

Pengumuman tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat tegar rancangan realiti tersebut. Ini merupakan sejarah baru dalam industri hiburan tanah air di mana terdapat dua juara di dalam satu program rancangan realiti.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Sumber: Gempak

Mereka berjaya menewaskan empat peserta lain dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi.

Menurut Juri tetap program realiti itu, Datuk Ramli MS menjelaskan bahawa kemenangan dua juara iatu Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.

“Saya decide pemenangan adalah dua, dipersetujui oleh Astro. Bukan (sebab) keluarga, bukan apa, memang dua (penyanyi) bagus takkan you cakap nyanyi satu lagu dan tambah satu minggu lagi? Jadi saya putuskan dengan juri ada dua pemenang,” katanya.

Keputusan tersebut sekali gus mencetuskan kontroversi dan menimbulkan ketidakpuas hatian dalam kalangan penonton dan peminat rancangan tersebut. Majoriti peminat tidak bersetuju dengan pengumuman dua juara yang dibuat oleh Astro itu.

Di samping itu, kemenangan tersebut juga mencetuskan perdebatan diantara peminat Naqiu dan Hady Mirza tentang siapa yang lebih layak menjadi juara untuk GV6 tersebut. Kebanyakan peminat dari Malaysia menyokong kemenangan tersebut perlu diberikan kepada Naqiu.

Manakala, rata-rata netizen dari Singapura pula mengatakan bahawa Hady Mirza adalah juara sebenar program tersebut dengan memberikan hujah-hujah tertentu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua artis tersebut mempunyai kelebihan dan aura masing-masing yang membuatkan mereka layak bergelar juara. Adakah anda bersetuju dengan keputusan yang diumumkan semalam? Pada pendapat anda, siapakah yang lebih layak menjadi juara?

Dikepilkan beberapa artikel berkenaan Gegar Vaganza 6 yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Naqiu Boboy Kongsi Kisah Zaman Kejatuhannya 12 Tahun Lalu

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

 

 

Anda Mungkin Suka