Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Impak penularan pandemik COVID-19 pada tahun lalu telah menyebabkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa membatalkan banyak acara sukan permotoran sehingga timbul idea alternatif untuk menganjurkan acara berbasikal dan larian bagi menampung kos operasi.

Terbaru, sebuah penganjur acara sukan permotoran telah didenda sebanyak RM20,000 atas sebab melakukan aktiviti dengan kehadiran orang ramai sehingga sukar melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan Ketua Pengarah.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-1

Sumber Gambar: WhatsApp

Pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai gambar saman kompaun yang sedang tular dan mengakui kesilapan mereka kerana gagal melaksanakan acara mengikut ketetapan norma baru.

Mereka juga memohon maaf dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat semasa acara tersebut berlangsung sehingga menyebabkan pihak penganjur dikenakan kompaun.

KENYATAAN RASMI – 10 APR 2021 BERKENAAN FOTO KOMPAUN YANG TELAH TULAR DI MEDIA SOSIALSalam kelajuan garis lurus…

Posted by MUSC Motorsports on Friday, April 9, 2021

Gambar surat kompaun yang tular di media sosial sejak malam semalam telah mengundang ribuan reaksi netizen yang mempersoalkan wujudnya ‘double standard’ dalam mengeluarkan kompaun.

Mereka membandingkan perbezaan ‘layanan’ yang diterima oleh pihak penganjur dengan artis tersohor tanah air walaupun kedua-duanya telah melanggar pematuhan SOP yang sama.

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-2

Sumber Gambar: Facebook

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-3

Sumber Gambar: Facebook

vocket-penganjur-didenda-langgar-sop-4

Sumber Gambar: Facebook

Netizen mempersoalkan kenapa penganjur terus diberikan kompaun, tetapi tidak dibuka kertas siasatan terlebih dahulu seperti ‘majlis perkahwinan kayangan’ yang menjadi perbualan rakyat Malaysia sejak dua minggu lalu.

Apa pendapat anda mengenai insiden kompaun ini? Perlukah pihak berkuasa membuka kertas siasatan terlebih dahulu sebelum kompaun dikeluarkan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Pada awal bulan Januari lalu, SIC bercadang untuk menganjurkan acara berbasikal dan larian bagi menampung kos operasi.

SIC Cadang Buka Litar Untuk Anjur Acara Berbasikal Dan Larian

Kedah Tandatangani Perjanjian Usaha Sama Litar Bertaraf Antarabangsa Di Bukit Malut

Anda Mungkin Suka