Biawak merupakan salah seekor binatang reptilia yang sering kali ternampak berada di kawasan penempatan orang ramai oleh kerana habitat asalnya telah diterokai oleh manusia.

Pada hari minggu baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang pengawal keselamatan cuba mengeluarkan seekor biawak yang memasuki kawasan premis awam sambil menghayunkan binatang itu dalam ‘pusingan helikopter’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciapan asal @DailyExpress_MY menanyakan kepada orang ramai adakah perbuatan pengawal keselamatan itu termasuk dalam kategori sebagai ‘penderaan haiwan’.

https://twitter.com/DailyExpress_MY/status/1469642270605381643?s=20

Rata-rata orang ramai pertahankan tindakan pengawal keselamatan tersebut kerana apa yang dia buat itu adalah betul untuk mengelakkan dirinya daripada digigit oleh biawak terbabit.

Apabila seseorang menghayunkan biawak dalam ‘pusingan helikoper’, ia dapat menyukarkan biawak untuk menggigit apa-apa sahaja yang berhampiran dengannya.

Menurut laman web Taman Negara Singapura, bahagian mulut biawak mempunyai bakteria yang mampu menyebabkan kawasan gigitan membengkak dengan cepat, penurunan tekanan darah dan pembekuan darah.

https://twitter.com/yubaduel5/status/1469968110199267330?s=20

Tambah orang ramai lagi, tindakan pengawal keselamatan tersebut telah menyelamatkan keadaan serta semua pihak daripada menjadi lebih teruk lagi andaikata dia tidak mengendalikan biawak terbabit dengan cara begitu.

Untuk maklum semua, biawak merupakan seekor binatang yang ‘pemalu’ dan sentiasa mengelak daripada bertembung dengan manusia. Namun apabila ia berasa terancam dan terganggu, biawak akan menyerang untuk mempertahankan dirinya.

Pada tahun lalu dua beranak diserang oleh seekor biawak semasa sedang menjemur kain di perkarangan rumah mereka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gigitan Dan Air Liur Berbahaya, Biawak Seberat 60KG Serang Dua Beranak Di Terengganu

Pulau Komodo Di Indonesia Bakal Ditutup Pada 2020

Sumber