Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki disiasat oleh polis diatas pertuduhan ‘hack’ sistem pesanan Domino’s Pizza. Hal tersebut mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Selepas hal tersebut, dapat dilihat Domino’s Pizza tampil memberikan diskaun sebanyak 50% kepada para pelanggannya. Bagi mereka yang tidak tahu akan kes ini, pasti merasakan diskaun tersebut perkara biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Domino’s Pizza tampil memohon maaf di Facebook rasmi mereka. Pihak Domino’s Pizza telah memohon maaf dan telah berjumpa dengan pelanggan tersebut untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen mengecam cara pihak Domino’s Pizza yang memohon maaf kepada pelanggan. Netizen beranggapan bahawa permohonan maaf pihak Domino’s Pizza tidak ikhlas.

Malah, ada juga yang mengatakan perkara tersebut sangat memalukan pelanggan tersebut dan sewajarnya pihak Domino’s Pizza memberikan ganti rugi kepada pelanggan tersebut.

photo_2019-09-26_23-26-40

photo_2019-09-26_23-26-38

Apakah pandangan anda mengenai cara pihak Domino’s Pizza menguruskan hal ini? Anda boleh baca artikel berkaitan isu pelanggan tersebut membeli pizza menggunakan diskaun dan disoal siasat polis di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Disiasat Polis Kerana Dituduh ‘Hack’ Sistem Pesanan Domino’s

Domino’s Kini Mula Menghantar Pizza Menggunakan Dron