Genap pada satu bulan lalu, orang ramai meluahkan ‘cabaran’ yang perlu dihadapi apabila penggunaan RFID telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau daripada biasa.

Pada awal pagi tadi, salah seorang pengguna lebuh raya Jalan Duta, @ad4mjohnston telah berkongsi satu situasi di mana beliau dan ramai lagi pengguna lebuh raya tersebut perlu beratur panjang di lorong RFID, yang sebelum ini didakwa memudahkan serta mempercepatkan urusan orang ramai.

https://twitter.com/ad4mjohnston/status/1495563698974302208

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian warganet yang berkongsi pelbagai pendapat realiti keberkesanan penggunaan RFID pada hari ini. Ada yang menyatakan RFID sangat menyenangkan urusan mereka. Pada masa sama, ada yang mengalami pelbagai masalah sehinggalah ke hari ini.

Ada juga netizen yang mempersoalkan kenapa tidak gunakan sahaja lorong SmartTag atau Touch ‘n Go yang kelihatan lengang. Namun, disebabkan ada sesetengah laluan tol menggunakan closed system toll, jadi sesiapa yang masuk lorong RFID pada tol sebelumnya perlu keluar menggunakan lorong yang sama sahaja.

Sumber Gambar: Facebook Gags Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Gags Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Gags Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Gags Malaysia

Sementara sistem tol tanpa palang dapat dilaksanakan sepenuh pada masa akan datang, nampaknya pengguna tol perlu ‘bersabar’ buat seketika sehinggalah pihak bertanggungjawab berjaya mencari solusi terbaik dalam menjayakan ‘lebuh raya bebas kesesakan’ di negara ini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini ada pihak mendakwa penggunaan SmartTAG 10,000 kali lebih baik berbanding RFID. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

EFKON Asia Dakwa Sistem SmartTAG Lebih Bagus, 10,000 Kali Lebih Pantas Berbanding RFID

Green Packet Bakal Uji Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Pertama Di Malaysia Awal 2022

Sumber