Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat angka kematian kes melibatkan COVID-19 semakin meningkat khususnya di Selangor. Hal ini membuatkan pihak keluarga terpaksa memilih untuk menyerahkan urusan pengurusan jenazah kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dalam pada itu, timbul sebuah isu baru-baru ini apabila dimaklumkan wujudnya kartel-kartel yang mengenakan harga caj tayamum jenazah dengan harga tidak masuk akal. Harga sehingga RM680 bagi jenzah lelaki dan RM730 buat jenazah perempuan antara terpaksa dibayar buat keluarga waris.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga debu tayamum hanya bermodalkan RM5

mayayy_1622367612
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Berita Harian

Lebih mengejutkan ramai, menerusi pendedahan yang dibuat Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Wan Cai kepada Kosmo, beliau memaklumkan proses pengurusan jenazah hanya mengambil masa kurang daripada satu minit dan bermodalkan debu tayamum berharga RM5 sahaja.

Sepeket debu tayamum tersebut dikatakan mampu digunakan sehingga tiga jenazah. Kos lain antara yang terlibat adalah kos pakaian perlindungan diri (PPE) yang dianggarkan bernilai RM100 untuk kegunaan dua individu yang dibenarkan menguruskan jenazah.

Ujar beliau, meletakkan caj sehingga RM700 adalah sangat keterlaluan dan seolah mengambil kesempatan bersempena dengan musim pandemik yang berlangsung. Beliau menyeru agar wujudnya penggubalan atau pewartaan kos pengurusan jenazah pesakit COVID-19 kepada pihak yang bertanggungjawab agar tidak dimanipulasi pihak lain.

Beliau yang menjalankan NGO akui tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pengurusan jenazah termasuk COVID-19 sebaliknya pihak waris sekadar perlu membayar kos tanah kubur. Kewujudan kartel yang mengenakan caj yang tinggi ini sekaligus memburukkan nama UKVJ.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, para netizen seolah mempertikai kartel yang sanggup mengenakan caj bayaran yang tinggi buat keluarga waris. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Screen Shot 2021-07-22 at 10.34.11 AM
Sumber: Kosmo online

Menurut Pengerusi Eksekutif, Skuad Pengurusan Jena­zah Malaysia (SJPM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, beliau mengakui wujudnya kartel yang mengaut untung ke atas kematian keluarga jenazah pesakit COVID-19. Beliau menasihatkan kepada orang ramai untuk menyemak akaun terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Tular pada minggu ini apabila gambar solat Aidiladha di Perlis digunakan untuk menjual produk sekaligus mencetus perbalahan netizen.

Guna Gambar Solat Aidiladha Di Perlis Untuk Jual Produk, Laman Facebook Ini Cetus Perbalahan Netizen

Lelaki Ini Kongsi Cerita Penuh Caprice vs Ustaz Ebit Lew Yang Telah Diringkaskan