Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 masih lagi terasa. Malah, anugerah ‘Bintang Paling Popular’ telah dimenangi oleh Mira Filzah.

Pada anugerah kali ini, terdapat beberapa kategori baru yang telah diperkenalkan salah satunya adalah ‘Artis Korea Popular’ yang mendapat perhatian netizen.

Anugerah tersebut telah dimenangi oleh kumpulan BTS. Sedia maklum bahawa BTS tidak dapat hadir dan menerima anugerah tersebut, maka trofi tersebut diambil oleh wakil iaitu salah seorang peminat setia BTS di Malaysia.

AkanΒ tetapi, terdapat pelbagai pertikaian dalam kalangan peminat setia di media sosial berkenaan siapa wakil yang layak untuk mengambil trofi tersebut.Β Untuk pengetahuan anda, trofi tersebut telah diambil oleh wakil ‘fanclub’ ARMY Malaysia iaitu Mastura Hj Jamil. Menurutnya, beliau datang ke ABPBH bersama peminat-peminat BTS yang lain yang dikenali sebagai Malaysian BTS ARMY.

00-promo-bts
Sumber: Teen Vogue

Jadi apabila BTS diumumkan sebagai pemenang bagi kategori ini, beliau bertindak sebagai wakil untuk menerima trofi tersebut. Tetapi bak kata pepatah, rumah siap pahat masih berbunyi. Ada pihak yang mempersoalkan mengapakah beliau yang menjadi wakil untuk menerima trofi berkenaan.

Malah, ramai netizen yang tidak bersetuju dan mempersoalkan mengapa kategori ini diwujudkan di ABPBH ke-32. Netizen juga tertanya-tanya adakah artis-artis Kpop ini tahu mereka tercalon dalam anugerah ini dan adakah trofi kemenangan tersebut akan sampai ke tangan BTS.

Walaupun menerima pelbagai kecaman, tetapi ramai peminat setia BTS mengucapkan tahniah atas kemenangan artis kesayangan mereka dan berterima kasih kepada wakil ARMY yang mengambil anugerah tersebut.

https://twitter.com/arnnottt/status/1175779850243567617

Mungkin akan ada rancangan yang bakal dibuat oleh fanclub BTS ini untuk sampaikan trofi tersebut kepada BTS sendiri. Apa pun tahniah diucapkan kepada BTS. Sebelum ini BTS telah berkolaborasi dengan Uniqlo UT tampil dengan ‘BT21’.

Lihat Koleksi BTS x Uniqlo UT ‘BT21’

Muzik Video BTS ‘Boy With Luv’ Tampil Video Paling Banyak Ditonton Dalam Sejarah

‘Fake Love’ Daripada BTS Berjaya Menjadi Lagu K-Pop Paling Kerap Distrim Di Spotify

Sumber