Sejak memuat naik video ucapan ‘terima kasih’ kepada sekolah, ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ yang digelarkan oleh YB Senator telah menerima pelbagai pertikaian daripada warganet.

Dalam video itu, kehadiran Haqiem Stopa dilihat telah disambut dengan meriah. Dia memberikan ‘motivasi’ dan juga memberikan peluang kepada para pelajar yang ingin bergambar dengannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@haqiemstopa_starlive_oe

Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiemstopa

Video asal tersebut telah mendapat hampir tiga juta tontonan dan dikongsikan semula oleh para warganet di seluruh platform media sosial yang lain.

Rata-rata netizen membantah dan mempertikaikan tindakan sekolah menjemput seorang pemuda berperwatakan ‘mat rempit’ untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Umum ramai mengetahui, perkataan ‘mat rempit’ itu sendiri sudah memberikan gambaran yang kurang baik kepada masyarat sejak dahulu lagi.

Sumber Gambar: Facebook Nor Zabetha

Nyata netizen lagi, ada ramai lagi orang-orang yang lebih baik dan berjaya untuk dijadikan ikon dan motivasi buat para pelajar di zaman yang penuh mencabar hari ini.

Difahamkan Haqiem Stopa dijemput ke sekolah terbabit untuk jelajah ‘Cerita Orang Gagal’ untuk membincangkan isu Buli Itu Jenayah. Terang penganjur lagi tabiat suka beri kecaman  di media sosial juga adalah satu bentuk buli yang akan beri kesan kepada mangsa.

Sebelum ini tindakan YB Senator mengelarkan kepada Haqiem Stopa sebagai ‘Ikon Permotoran’ telah undang pertikaian netizen. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah. 

Netizen Pertikai YB Senator Gelar Influencer TikTok Ini Sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’

‘Kenapa Rosakkan Lagu Ini?’ – Netizen Kecewa Dengar Raffa Affar Nyanyi Tiara Secara ‘Live’

Selamba Rangkul Pinggang Pelayan Wanita, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Sumber