Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada peragut ini yang menerima balasan ‘cash’ selepas melakukan perbuatan terkutuk itu dalam satu rakaman CCTV yang dipercayai berlaku di Johor.

Dalam satu perkongsian CCTV yang tular di Facebook sejak pagi tadi, lelaki tersebut dirakam dengan jelas diterajang oleh salah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas meragut seorang wanita di tepi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun berjaya meloloskan diri dan meragut dengan berjaya namun beliau selepas itu bergelut dan terjatuh sebelum ditendang sehingga terpelanting oleh pegawai PBT yang berada di kawasan tersebut.

Aksi ragut dan tendangan padu yang dirakam itu boleh dilihat bermula di saat ke 15 di perkongsian video di bawah.

Tindakan spontan dan pantas lelaki yang dipercayai pegawai penguatkuasa itu kemudiannya menerima pujian daripada netizen dengan perkongsian video tersebut sehingga kini sudah pun dikongsikan kembali sehingga 11,000 kali di Facebook.

Bukan sahaja berpuas hati melihat tendangan padu daripada pegawai tersebut malah mereka juga rata-rata yang meninggalkan komen bersetuju dengan tindakan pantas yang berjaya menghalang lelaki itu untuk melarikan diri.

photo_2020-09-01_16-33-43

photo_2020-09-01_16-33-42

Sebelum ini, seorang pegawai polis trafik turut bertindak sedemikian selepas melihat sebuah motosikal cuba lari daripada sekatan jalan raya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Mati Punca Lelaki Ini Buat Pusingan U Sebelum Kena ‘Flying Kick’

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’

Wan Maimunah Cari Kembali Lelaki Yang Pernah ‘Meragutnya’ 20 Tahun Lalu

Sumber