Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini pihak kerajaan mengumumkan kedai gunting rambut atau barbershop tersenarai sebagai salah satu perniagaan dan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi dalam PKP fasa ketiga yang akan bermula pertengahan bulan ini.

Keputusan yang dibuat kerajaan itu bagaimanapun menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen yang menganggap pembukaan kedai-kedai gunting ini bakal membawa risiko penularan wabak COVID-19.

Melalui semakan yang dibuat di Twitter, rata-rata netizen berpendapat keputusan itu kurang tepat untuk dilakukan. Malah menurut mereka kedaan penularan wabak juga boleh menjadi lebih teruk jika kedai-kedai gunting rambut ini dibenarkan beroperasi, seperti yang berlaku di negara-negara luar sebelum ini.

Kebenaran untuk kedai gunting rambut ini beroperasi ini bukan sahaja mendapat ‘tentangan’ hebat daripada pengguna-pengguna yang risau akan risiko penularan malah ia turut mendapat perhatian persatuan dan beberapa kedai gunting rambut yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Melalui hantaran-hantaran yang dibuat netizen, beberapa pengusaha barbershop diilihat senada untuk tidak tergesa-gesa membuka kedai mereka sebelum berakhirnya tempoh PKP yang telah dikuatkuasakan kerajaan.

Mendapat pujian netizen

Tindakan kedai-kedai gunting rambut ini untuk tidak beroperasi sepanjang PKP juga rata-rata mendapat pujian daripada netizen yang bersetuju dengan perkara tersebut.

barber

bb2

Usul untuk tidak membuka kedai-kedai gunting rambut ini juga bukan sahaja dilihat menjadi perhatian pengguna dan pengusaha, malah beberapa negeri dan daerah dalam negara sudah menolak cadangan tersebut.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Majis Bandaraya Kuala Terengganu menjadi dua kawasan terawal yang mengumumkan tidak akan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi sepanjang PKP berlangsung.

Manakala Negeri Sembilan pula berkata pihak kerajaan negeri membuat keputusan untuk menangguhkan terlebih dahulu pembukaan premis gunting rambut sehingga mendapat standard operating procedure daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika melihat kepada pendapat yang disuarakan netizen serta pengusaha dan pihak berkuasa tempatan ini, adalah lebih baik sekiranya cadangan untuk memberi kebenaran kepada kedai-kedai gunting ini untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

Malah, meminimakan pergerakan ketika ini boleh membantu kita untuk menghalang penularan wabak yang menjadi masalah kepada seluruh negara di dunia ketika ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tetap Terima Pelanggan, Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara COVID-19

Gackt, Penyanyi Legenda J-Rock Yang Cintakan Malaysia Dan Memujinya Di Stesen TV Jepun

Kerajaan Jepun Bina Pusat Kuarantin Di Lapangan Terbang, Guna Kadbod Sebagai Katil

Anda Mungkin Suka