Sebelum ini tular di media sosial mengenai Kasih Iris Leona, anak kepada artis Azhar Sulaiman yang aktif memuat naik beberapa kiriman video di Instagram dan TikTok.

Tindakan anak gadisnya itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menegur perkara itu dan kemudiannya membawa kepada perdebatan antara mereka dan pelakon itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah Berita Harian pada semalam turut melaporkan pelakon itu terpaksa memuat naik sijil akademik miliknya selepas ada netizen yang mempertikaikan kewibawannya sebagai bapa.

Tidak mahu perkara itu terus berlanjutan, Azhar pada dua hari lepas membuat kenyataan kepada para netizen yang menegur perangai anak gadisnya itu sebelum ini.

Salam semua,

Nampaknya sejak dua-menjak ini nama anak Mami (Azhar) naik kerana penampilannya dan kegilaan Tik-Tok-nya. 

Cara penyelesaian Mami; 

1- Mami sudah bercakap dengan Leona dan mengingatkan ‘siapa dia’- seorang gadis Muslim.

2- Mami sudah berbincang dengan Maling dan akan bekerjasama untuk menasihatkan Leona memikirkan kembali mengenai kandungan di Instagram. 

3-Mami dah surun anak lelaki saya Rees untuk selalu mengingatkan Leona supaya jangan suka duduk mengangkang macam gangster di tempat awam. 

Semoga Leona dan keluarga saya akan belajar sesuatu daripada ‘episod’ ini. 

Tindakan Azhar yang tampil memberi penjelasan bagaimana untuk menangani ‘kegilaan’ Tik Tok anaknya itu kemudiannya menerima pujian daripada netizen. Malah mereka juga berhadapan dengan perangai dan telatah anak yang membesar adalah perkara biasa sebagai seorang bapa.

a1

a2

a3

b2 b1

Apa-apa sekali pun, tindakan Azhar dalam menasihati anaknya ini adalah merupakan satu usaha yang terpuji malah pendekatannya yang digunakan berbeza daripada orang lain.

Daripada terus ‘berdebat’ dengan netizen tentang siapa yang betul dan salah, beliau mengambil pendekatan untuk menasihati anak gadisnya dan memaklumkan perkara tersebut kepada netizen kerana tidak mahu terus disalah anggap tidak berwibawa untuk menguruskan anak-anak sendiri.

Tahukah anda pada 2018 Tik Tok pernah dinilai bakal berharga melebihi RM300 bilion dan ketika itu sudahpun mempunya 500 juta pengguna aktif. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian lanjut. 

Syarikat Pengendali ‘Tik Tok’ Bakal Dinilai Melebihi RM300 Bilion

Pemilik Aplikasi Tik Tok Dinobat Startup Paling Bernilai Di Dunia

Kementerian Pertahanan ‘Haramkan’ Tik Tok Buat Warga ATM