Sejak semakin banyak daerah serta negeri mula masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dan 3, jalan raya sudah kembali sesak semula dengan kehadiran kenderaan-kenderaan. Sekaligus, menyebabkan orang ramai terpaksa menghadapi kesesakan lalu-lintas semasa waktu puncak.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki turun daripada kenderaan untuk ‘mengajar’ pemandu Myvi yang membuang kotak rokok di atas jalan raya semasa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas menunggu lampu isyarat merah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut lelaki ini yang merupakan seorang doktor gigi, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang. Beliau ternampak pemandu di dalam kereta Myvi berwarna oren yang sudah ‘modified’ dengan selambanya membuang keluar kotak rokok daripada kereta tersebut.

Oleh kerana beliau berasa ‘kurang senang’ dengan tindakan pemandu Myvi tersebut, beliau segera keluar dari kenderaannya lalu mengutip kotak rokok di atas jalan raya tersebut.

Kemudian, beliau memasukkan semula kotak rokok itu ke dalam kereta Myvi sambil memberikan sedikit ‘pesanan’ kepada pemandu tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Wan Johan Ariff
Sumber Gambar: Facebook Wan Johan Ariff
Sumber Gambar: Facebook Wan Johan Ariff
Sumber Gambar: Facebook Wan Johan Ariff

Video yang berdurasi sekitar 20 saat itu telah mendapat ratusan perkongsian serta komen daripada netizen yang memberikan sangat bersetuju dengan tindakan spontan doktor tersebut.

Rata-rata orang ramai memuji doktor itu kerana berani menegur perbuataan pemandu Myvi terbabit yang kurang bertanggungjawab terhadap kebersihan jalan raya awam.

Semoga video ini menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan jalan raya bersama-sama agar tidak menyukar pihak lain yang terpaksa membahayakan diri mereka untuk membersihkan sampah-sarap di atas jalan raya.

Seorang lelaki tidak sangka terserempak dengan sebuah kereta Mercedes klasik yang dipandu oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mahu Rakam Mercedes Klasik, Lelaki Ini Terkejut Apabila Kereta Tersebut Dipandu Oleh ‘Tok Mat’

Netizen Terkesima Lihat Penunggang Motosikal Rempuh Myvi Secara Tiba-Tiba

Orang Ramai Kecam Pemandu MPV Mewah Memotong Di Garisan Berkembar

Sumber