Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada akhir tahun lalu warganet gempar dengan kisah ‘Ikan Siakap Kayangan’ yang mana ada pelanggan perlu membayar ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu dengan RM1,196.80 untuk tujuh orang makan.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini sebuah restoran ikan bakar berkongsi satu cetakan resit menunjukkan harga keseluruhan yang dibayar oleh pelanggan mereka mencecah RM1,248.80.

Jika sekali nampak angka itu rasa macam mahal, namun netizen berpendapat harga itu tersangatlah murah jika hendak dibandingkan dengan kedai-kedai lain.

Ini kerana jumlah harga tersebut adalah untuk hampir sembilan jenis makanan dan minuman yang dipesan oleh 65 orang pelanggan ketika itu.

Hantaran Facebook Restoren Selera Rose Ikan Bakar itu telah mendapat lebih 2,000 komen daripada netizen dari seluruh pelusuk Malaysia. Rata-rata ramai mengakui kedai ikan bakar itu menyajikan makanan laut yang fresh dan harga yang berpatutan.

Pelanggan yang pernah mengunjungi kedai ikan bakar itu tidak melepas peluang untuk memuji servis yang dapat sepanjang mereka menikmati pelbagai pilihan makanan di situ.

Sumber Gambar: FB Restoren Selera Rose Ikan Bakar
Sumber Gambar: FB Restoren Selera Rose Ikan Bakar
Sumber Gambar: FB Restoren Selera Rose Ikan Bakar
Sumber Gambar: FB Restoren Selera Rose Ikan Bakar

Memetik hantaran itu, pihak mereka akan berikan resit bercetak untuk mengelakkan harga yang dikenakan kepada para pelanggannya tidak terlebih ataupun terkurang. Jadi para pelanggan boleh membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.

Bagi yang belum pernah datang ke restoran ini, ramai yang bertanya mengapa hanya ada 4 pinggan nasi sahaja dipesan oleh 65 pelanggan, berdasarkan apa yang dicetak pada resit berkenaan.

Menurut admin Facebook, empat pinggan nasi itu cumalah ‘nasi tambah’, manakala nasi-nasi yang lain didatangi sekali dalam ‘Set Berbaloi A 3 Rasa’.

Sekiranya anda berada di sekitar Kuantan dan mahu pergi makan beramai-ramai, bolehlah singgah Restoren Selera Rose Ikan Bakar ini. Tetapi adalah lebih baik jika anda menghubungi pihak kedai untuk cuba menempah meja terlebih dahulu, bagi keselesaan anda dan ahli keluarga atau rakan-rakan nanti.