Bagi peminat anime, sudah pasti anda cukup kenal dengan watak protoganis One Punch Man, lelaki berbadan kurus bernama Saitama yang mampu menewaskan musuh dengan satu tumbukan sahaja.

Semasa berlangsungnya acara cosplay di sebuah pusat beli-belah terkemuka pada minggu lalu, seorang ‘Saitama’ telah dipuji netizen kerana menghalang seorang lelaki daripada mengganggu pengunjung cosplay wanita yang hadir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan lelaki tersebut yang gemar berpakaian Ben10 pernah didakwa terlibat dengan isu gangguan seksual terhadap cosplayer wanita dan bawah umur semasa berada di acara lain.

https://www.tiktok.com/@roronoaina/video/7126412395345399067?_t=8UaL7bq6ulF&_r=1

Dalam video yang mencuri tumpuan ramai itu, ‘Saitama’ dilihat menjerit “Balik, balik” berulang kali dengan nada marah menyuruh lelaki terbabit keluar dari pusat beli-belah kerana kehadirannya membuatkan pengunjung cosplayer berasa kurang selesa.

Perkongsian video itu telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan 3,500 komen daripada netizen. Ramai memuji tindakan ‘Saitama’ kerana melindungi komuniti cosplayer daripada diapa-apakan oleh lelaki terbabit.

Sumber Gambar: TikTok @roronoaina
Sumber Gambar: TikTok @roronoaina
Sumber Gambar: TikTok @roronoaina

Orang ramai turut menyamakan ‘Saitama’ itu mempunyai karakteristik yang sama seperti watak protoganis dalam anime; tegas dan berani dalam menegakkan kebenaran.

Dalam satu video TikTok lain, difahamkan ‘Ben10’ terbabit didakwa sekali lagi membuat gangguan yang kurang selesa terhadap seorang rakan lelaki ‘Saitama’ semasa cosplayer berkumpul di pusat beli belah minggu lalu.

Sumber Gambar: TikTok @lutfiaverage
Sumber Gambar: TikTok @lutfiaverage

Sebelum ini seorang lelaki berpakaian seperti watak permainan video gengster diburu polis kerana acu pistol di hadapan orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bangga Acu Pistol Di Khalayak Ramai, Lelaki ‘Cosplay’ Sebagai Big Smoke Diburu Pihak Polis

Balenciaga Hasilkan Beg Plastik Sampah, Dijual Pada Harga RM8,000

Bersaing Jadi Peneraju Dalam Industri Fesyen, Permainan ‘Fashion Dream’ Kini Dilancarkan Secara Rasmi