Kerap kali kita mendengar kisah peragut dibelasah selepas orang ramai dapat menangkapnya, bahkan lebih menyedihkan ada individu yang dituduh sebagai ‘pencuri’ atau ‘peragut’ maut dibelasah walaupun dia tidak melakukan kesalahan terbabit.

Bagaimanapun baru-baru ini netizen memuji tindakan matang orang awam di Bandar Mahkota Cheras kerana tidak membelasah seorang peragut selepas dia ditangkap beramai-ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video berdurasi 17 saat yang dikongsikan semula oleh Twitter @jllmisai itu kelihatan orang awam mengelilingi peragut yang tersepit di motosikalnya. Ada seorang anggota Rela dipercayai meminta orang awam untuk mengikat peragut dengan tali rafia.

Menurut netizen biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan, bukan orang awam memberikan ‘pengajaran’ sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan membahayakan nyawa si peragut.

Pada masa sama orang ramai menyatakan amat sayang sekali lelaki itu memilih untuk menjadi ‘peragut’ kerana dari segi tubuh fizikalnya, dia masih sihat untuk membuat kerja-kerja yang halal.

https://twitter.com/Fvridhzm/status/1616851050660786176?s=20&t=pfvn-R9hYN_rkOx1cCQV-Q

Pemandu Proton Wira berwarna putih turut dipuji netizen kerana sanggup rosakkan bahagian hadapan kereta dengan merempuh motosikal supaya peragut tidak dapat melarikan diri.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melaporkan lelaki tempatan berusia 22 tahun telah berjaya ditangkap dalam jarak lebih kurang 10 meter dari lokasi kejadian mangsa diragut.

” Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala hasil semakan mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah dan lima rekod dadah.

“Pihak polis menemui kesemua barang milik mangsa termasuk wang tunai, jam tangan, telefon bimbit, dokumen peribadi, lesen memandu, selain beberapa peralatan lain antara spanar, playar, serta pisau lipat.

Pihak polis turut merampas motosikal jenis Honda yang digunakan suspek semasa kejadian.

Suspek direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan dan kes-kes ragut lain di dalam daerah Kajang di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.