Amat jarang sekali kita dapat lihat pemilik dashcam mengejar suspek yang melakukan masalah di atas atas jalan raya, namun pemandu ini bertindak berani dengan mengejar suspek yang melarikan diri setelah dipercayai ‘sengaja’ melanggar sebuah motosikal sehingga terjatuh di tengah-tengah jalan.

Menurut hantaran Instagram @info.semasa.my, kejadian tersebut dirakam di hadapan Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar, Perak pada petang hari Isnin lalu.

Video yang dikongsikan tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian pemilik dashcam tersebut kerana sanggup mengejar pemandu kereta Proton Persona itu yang nampak seperti ‘sengaja’ melanggar penunggang motosikal sehingga jatuh.

Netizen juga mengucapkan terima kasih atas kecekapan pemilik dashcam tersebut kerana dia merupakan satu-satunya saksi terdekat semasa insiden kemalangan tersebut berlaku.

Sumber Gambar: Instagram @info.semasa.my
Sumber Gambar: Instagram @info.semasa.my
Sumber Gambar: Instagram @info.semasa.my
Sumber Gambar: Instagram @info.semasa.my

Tambah orang ramai lagi, mereka tidak sabar untuk mengetahui apakah kesudahan nasib pemandu kereta Proton Persona itu kerana tindakkannya boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk berlaku kepada penunggang motosikal tersebut.

Seorang remaja tersangkut di atas bumbung selepas berlanggar dengan seorang pemandu Honda Civic yang sedang membawa muatan dadah. Lihat rakaman CCTV tersebut melalui pautan di bawah.

Penunggang Motosikal Tersangkut Atas Bumbung Selepas Dilanggar Honda Civic Bawa Dadah

Ahli Perniagaan Berpangkat ‘Dato’ Dan Ejen Insuran Lagak Polis Trafik Di Jalan Awam Serah Diri