Kita pasti sudah sedia maklum berkenaan kebakaran besar yang melanda Australia ketika ini. Kebakaran ini adalah dalam skala yang sangat besar dan dianggarkan lebih 1 bilion haiwan telah mati akibat kebakaran ini.

Haiwan yang terselamat seperti kangaroo dan koala pula sangat memerlukan rawatan susulan dan pada ketika ini, bantuan dari segala segi sangat diperlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehubungan itu, seorang netizen bernama Indraveni Kamalanathan telah melancarkan inisiatif untuk membawa sukarelawan dan veterinar ke Australia untuk membantu haiwan yang terlibat dengan kebakaran besar di Ausralia ini.

Pada mulanya, Indraveni mencuba nasib di Twitter untuk bertanyakan kepada syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines dan Qantas Airlines sama ada mereka dapat menyalurkan bantuan dari segi tiket penerbangan untuk menerbangkan sukarelawan ini ke Australia.

CEO AirAsia, Tony Fernandes adalah yang terawal menjawab “Yes, we can” dan sedia untuk membantu pasukan Indraveni ke Australia.

Dalam perkongsian Facebook Indraveni, ramai yang memuji AirAsia terutamanya Tony Fernandes yang sanggup menghulurkan bantuan untuk misi sukarelawan ini.

Dalam satu Tweet yang sudah dipadam, Malaysia Airlines pada mulanya tidak dapat memenuhi permintaan Indraveni. Tetapi dalam kemaskini terbaru, Malaysia Airlines turut bersedia untuk menawarkan bantuan kepada misi sukarelawan Indraveni.

Malaysia Airlines pada 7 Januari yang lalu telah melancarkan inisiatif tersendiri apabila akan menyumbangkan RM1 untuk setiap tiket penerbangan yang dibeli sepanjang bulan Januari 2020 kepada persatuan Australia Red Cross. Jadi, mungkin ada salah faham ketika mereka membalas Tweet Indraveni dan pihak Malaysia Airlines sudah pun bersedia untuk turut sama memberi bantuan sekiranya diperlukan.

Ianya satu perkara yang hebat apabila ramai yang membantu secara sukarela bagi menyelamatkan haiwan yang terperangkap dalam kebakaran di Australia. Menurut Indraveni dalam perkongsiannya, beliau kini dalam fasa untuk menguruskan para sukarelawan dan mendapat kebenaran serta visa kerajaan Australia sebelum dapat membantu haiwan di sana.

Anda juga boleh memberi sumbangan kepada Australia Red Cross untuk membantu misi memadam kebakaran di Australia. Sama-sama kita membantu.

Ini pula inisiatif sekumpulan muslim di Australia yang memandu lebih 200km untuk memberi air minuman kepada bomba bertugas memadam api di Australia.

Krisis Kebakaran Di Australia, Sekumpulan Muslim ‘Travel’ Sejauh 200KM Hulur Bantuan Air Minuman Untuk Bomba

Lihat Video ‘Ngeri’ Dari Sudut Pandang Tentera Situasi Kebakaran Hutan Di Australia