Umum mengetahui akan kes keracunan makan yang melibatkan atlet badminton Malaysia, Thailand dan juga beberapa atlet Indonesia ketika berlansungnya pertandingan Indonesia Masters 2022 diadakan pada 7 Jun hingga 12 Jun lepas.

Terbaharu, pemain campuran Malaysia Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie berjaya menyingkirkan pasangan atlet nombor satu dunia dari Thailand iaitu Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai pada babak pertama Indonesia Open 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat ketika perlawanan, Goh Soon Huat masih berasa lemah walaupun dilaporkan sudah pulih daripada keracunan makanan. Walaupun begitu, Goh Soon Huat masih berjuang bersama Lai Shevon Jemie dan berjaya mengalahkan pasangan nombor satu dunia.

Semangat juang pasangan atlet Malaysia mencuri tumpuan orang ramai dan rata-rata netizen berasa terharu kerana pasangan atlet badminton negara tidak berputus asa.

Bukan itu sahaja, para netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausha PBSI, Fadil Imran berkaitan isu keracunan makanan sebelum ini.

“Jika ada kecurigaan itu sengaja untuk apa? Kerna sudah kalah kan? Untuk apa?” kata Fadil Imran.

Selain itu, setiausha PBSI itu juga menegaskan kes keracunan makanan itu akibat daripada atlet-atlet yang terkesan itu pergi makan di luar dan tidak makan makanan yang telah disediakan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Dakwa Sudah Tiga Kali Buat Laporan, Renovasi Rumah Jiran Beri Kesan Kepada Kediaman Lelaki Ini

‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT Miliknya, Tindakan Warga Emas Maki Wanita Ini Bikin Netizen Bengang