Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak semalam lagi tular dua rakaman video yang menunjukkan sebuah Perodua Viva berwarna hitam nekad melanggar kereta peronda polis untuk melarikan diri. Di dalam video tersebut tidak ketinggalan juga seorang penghantar makanan Foodpanda turut ‘bekerjasama’ mengejar Perodua Viva tersebut.

Bagaimanapun pemandu bersama dua lagi penumpang lelaki berjaya ditahan selepas Perodua Viva berkenaan dikejar sebelum dipintas polis dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam dua hari lalu.

Netizen tertarik pada bahagian seorang penghantar makanan Foodpanda ‘bersungguh-sungguh’ mengejar kereta suspek. Katanya motosikal penghantar makanan tersebut telah dihimpit oleh kereta Perodua Viva menyebabkan dia bertindak balas untuk mengejar semula kereta suspek.

vocket-foodpanda-tolong-tangkap-orang-wanted-1

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika kejadian anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) terbabit sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bharu.

Tambah beliau lagi semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek adalah orang dikehendaki IPD Johor Bahru Selatan (JBS). Manakala seorang lagi suspek positif dadah hasil dari ujian air kencing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Mereka turut disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berada di luar melebihi masa ditetapkan tanpa alasan munasabah.

Manakala Suspek yang positif dadah pula disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada awal minggu yang lalu, seorang pemandu kereta Proton Persona muncul sebagai ‘hero’ selamatkan wanita daripada menjadi mangsa rempuhan motosikal.

Pemandu Kereta Persona Muncul ‘Hero’ Selamatkan Wanita Daripada Jadi Mangsa Rempuhan Motosikal

Mirip Aksi Fast & Furious, 17 MPV Polis Kejar Suspek Pandu Toyota Altis Secara Berbahaya

 

Anda Mungkin Suka