Sebelum ini kita disajikan dengan sebuah video yang menunjukan sekumpulan ikan dolfin berenang di Pulau Pinang. Namun, kebelakangan ini dapat dilihat banyak haiwan sebegini keluar dari habitat asal mereka. Perkara ini menjadi tanda tanya dan menimbulkan kerisauan dikalangan pencinta haiwan.

Baru semalam, seekor ikan Yu Paus berjaya dirakam berhampiran dengan perairan di Bintulu, Sarawak.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook oleh Persatuan Haiwan Malaysia, memaparkan seekor ikan Yu Paus dilihat menghampiri sebuah bot nelayan di perairan tersebut.

Difahamkan kejadian ikan menghampiri kapal meminta tolong melepaskannya daripada kesengsaraan berlaku di Bintulu Sarawak.Animal Malaysia mengucapkan tahniah kepada kumpulan penyelamat ini. #ikan #jabatanperikananmalaysia #saveouranimals #animals #fish #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Sunday, 1 December 2019

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu, dapat dilihat di dalam video tersebut seekor ikan Yu Paus berenang menghampiri sebuah bot nelayan seakan-akan meminta pertolongan mereka. Perakam video tersebut mendapati terdapat tali kuning yang membaluti ikan tersebut lalu meminta pertolongan rakan-rakanya untuk melepaskan ikan tersebut.

Ikan tersebut dilihat seolah-olah mempercayai nelayan-nelayan itu dan membiarkan mereka menyelamatkan dirinya. Kemudian, salah seorang nelayan di situ memotong tali tersebut dengan pisau. Setelah berjaya membebaskan diri, ikan tersebut memercikkan air menggunakan ekornya ke arah nelayan tersebut sebagai tanda penghargaan.

Majoriti netizen memuji dan mengucapkan terima kasih kepada nelayan-nelayan tersebut kerana sudi menyelamatkan ikan Yu Paus malang itu.

Perkongsian video ini sangat heart warming bagi yang menontonnya tetapi timbul juga kebimbangan kerana ini menunjukkan sampah semakin banyak berada di lautan sehinggakan memudaratkan hidupan laut.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan sekumpulan ikan Dolfin berenang di perairan Pulau Pinang. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kehadiran Kumpulan Dolfin Di Pulau Pinang Terima Reaksi Pelbagai Daripada Warganet

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang

Tindakan Pantas Orang Ramai Bantu Tolak Kereta Terbalik Dipuji Netizen

 

Anda Mungkin Suka