Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan pantai di daerah Pandeglang di Indonesia yang disifatkan sebagai pantai terburuk dan terkotor kerana dipenuhi dengan sampah di sekitarnya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pempengaruh @pandawaragroup di TikTok di mana kumpulan tersebut meminta pertolongan penduduk untuk hadir membersihkan pantai berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami pandawaragroup meminta tolong kepada semua pihak yang ada di wilayah Banten dan kawasan lainnya untuk turut serta membersihkan pantai yang ada di Teluk, mukim Labuan, daerah Pandeglang pada tanggal 22 hingga 23 Mei ini.

Rakaman klip yang berdurasi satu minit tiga saat itu meraih perhatian ramai dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 30 juta serta 2.9 juta likes setakat artikel ini ditulis.

Video itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan umum susulan ramai yang bertindak turun padang membantu membersihkan pantai yang kotor tersebut.

Klip itu kemudiannya dikongsi oleh @Heraloebss di Twitter, menunjukkan bahawa masyarakat di situ hadir membantu mengutip sampah.

Dalam rakaman tersebut, ramai dilihat berganding bahu membersihkan persekitaran pantai kotor yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Sumber Gambar: Twitter

Orang awam yang terdiri daripada pelajar, mahasiswa  dan mahasiswi, pekerja kerajaan dan sebagainya memegang plastik mengutip sampah di hadapan mereka.

Tidak hanya menggunakan cangkul, jentolak juga digunakan oleh kumpulan tersebut memandangkan hamparan sampah yang keterlaluan tersebut memerlukan ‘tenaga’ mesin untuk dialihkan.

@pandawaragroup

tidak ada ruang untuk kerusakan lingkungan #pandawara #onedayonetrashbag

♬ suara asli – pandawara – pandawara

Walau bagaimanapun, sampah yang tersedia ada itu dikatakan tidak boleh diselesaikan dalam masa dua hari.

Sumber Gambar: TikTok @pandawaragroup
Sumber Gambar: TikTok @pandawaragroup

Kemas kini terbaharu memperlihatkan penglibatan badan kerajaan yang turut membersihkan kawasan sekitarnya bersama masyarakat. Ramai yang meluahkan rasa gembira dengan inisiatif tersebut.