Disebabkan sekarang musim hujan, banyak jalan yang dilanda banjir kerana sistem perparitan yang kurang efektif.

Terbaharu, pengguna Twitter @datininaz telah berkongsi usaha dua pemuda iaitu suami dan adiknya membantu masalah banjir di jalan Genting Kelang semalam selepas kereta mereka ‘mati’ akibat banjir.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Menerusi perkongsian beliau, dapat dilihat pemuda tersebut membuka manholes di tepi jalan agar air hujan lebih cepat turun dan tidak lagi air bertakung. Kita dapat lihat menerusi video yang dikongsi keadaan sebelum dan selepas manholes dibuka.

Selepas air surut, mereka telah menutup semula manholes bagi mengelakkan kemalangan tidak diingini berlaku. Usaha mereka walaupun kelihatan ‘kecil’ tetapi besar maknanya kepada orang lain dan ia memudahkan urusan orang lain ketika itu.

Rata-rata netizen memuji tindakan dua pemuda tersebut kerana sedikit usaha mereka, berjaya membantu ramai orang. Malah, netizen juga berharap agar ada solusi daripada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengatasi masalah ini.

Syabas diucapkan atas usaha murni dua pemuda ini! Apa kata anda tinggalkan komen untuk usaha mereka ini pada ruangan komen.

Kami listkan beberapa artikel tentang kisah ‘unsung heroes’ yang mungkin anda berminat untuk ketahui. Klik pautan dibawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tindakan Pantas Orang Ramai Bantu Tolak Kereta Terbalik Dipuji Netizen

Lihat Cara Pengawalan Banjir Yang Sangat ‘Advanced’ Di Jepun

Pelajar Kumpul Wang Hadiahkan Jam Tangan Untuk Tukang Cuci Buat Netizen Terharu

Anda Mungkin Suka