Jika beberapa hari lalu terdapat peniaga bazar Ramadan yang memilih untuk menggunakan tong sampah bagi meletak sos ayam percik, lain ceritanya mengenai peniaga bazar Ramadan di Arau, Perlis ini.

Menerusi perkongsian menerusi seorang individu dia media sosial iaitu Nughullllll, terdapat peniaga bazar Ramadan di Arau yang mahu tampil unik dengan menyediakan air balang dalam akuarium.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: nughullllll

 

Meskipun idea yang ditampil berjaya menarik perhatian ramai, para netizen rata-ratanya di media sosial lebih risau soal kebersihan serta keselamatan air yang ditawarkan.

Menurut para netizen, akuarium sememangnya tidak sesuai dijadikan tempat untuk meletak air balang berikutan terdapat gam silikon pada akuarium. Selain itu, serpihan kaca-kaca yang halus mampu masuk dalam air yang ditawarkan pada para pelanggan.

Sumber: Facebook Bawang Rangers
Sumber: Facebook Bawang Rangers

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat akuarium yang dibuat daripada kaca ini lebih mudah terdedah kepada risiko pecah berbanding penggunaan bekas air balang yang biasa.