Setiap pemilik kereta pasti berasa geram apabila melihat cermin mempunyai kesan ‘tompok-tompok’ apabila air di atas permukaannya sudah kering, lebih-lebih lagi selepas hujan ataupun selepas basuh kereta sendiri.

Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi bebenang ciapan bagaimana dia berjaya menemukan sebuah produk yang dapat menanggalkan kesan ‘tompok-tompok’ tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, jawapan-jawapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang lain telah membuatkan orang ramai terhibur dengan ciapan asal tersebut.

Ada yang menyamakan ‘watermark’ yang dikatakan oleh wanita ini dengan ‘watermark’ yang selalu ditinggalkan sebagai tanda pada gambar seperti seorang jurugambar fotografi telefon pintar tempatan terkenal di Twitter, @Ashsukamakan.

Tidak kurang juga ada yang meminta wanita itu ‘melanggan’ pakej premium untuk menghilangkan ‘watermark’ yang ada pada perisian-perisian mengubah suai gambar/video seperti PowerDirector, inShot dan KineMaster.

https://twitter.com/khai_fadzli/status/1452827572316696577?s=20

Tambah netizen lagi, mereka agak terkejut kerana cermin kereta tersebut menjadi berkilat-kilat seperti kualiti ‘HD’ selepas dilap menggunakan produk cecair yang dibeli oleh wanita tersebut di Shopee.

Pada masa yang sama juga ramai memberi cadangan untuk mendapatkan cecair lain berharga lebih murah yang ada dijual pada Eco Shop ataupun Mr.DIY.

Klik pautan di bawah untuk baca orang ramai memuji Kokom kerana tegas menolak permintaan peminat untuk membuat konten jenis ‘prank’ yang kerap dirakam oleh YouTuber tempatan.

Peminat Minta Buat Konten ‘Prank’, Pendirian Tegas Mr Kokom Buat Netizen Kagum

Dakwa Sekadar Hiburan, ‘Prank’ Tangkap Basah Kumpulan YouTuber Ini Undang Kerisauan Netizen

‘Sport Rim’ Bertukar Jadi Rim Kompang, Trailer Budak Kripto Cetus Tanda Tanya Peminat Filem

Sumber