Mineral jenis rare earth elements (REE) yang dianggarkan bernilai RM62 bilion telah ditemui di Kedah dan bakal diterokai oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata bahawa permit untuk meneroka sudah pun diluluskan oleh pihaknya pada minggu lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baru di Kedah dan mineral ini mengikut kajian bernilai RM62 bilion tersimpan di bawah bumi kita,” jelas Muhammad Sanusi.

Screen Shot 2020-12-03 at 2.39.29 PM

Menurutnya, kawasan mineral tersebut banyak terdapat di kawasan Sik. Tambahnya lagi, selain dari Sik, mineral tersebut juga turut dikesan berada di bawah muka bumi kawasan Ulu Muda, Baling dan sedikit di Lenggong Perak.

Difahamkan, mineral tersebut tidak berada dalam kategori beradioaktif dan berbeza dengan cara mengekstrak mineral seperti petroleum, cara untuk mengekstrak mineral ini tidak perlu melibatkan aktiviti perlombongan.

“Majlis Tanah Negara yang bermesyuarat dua bulan lepas telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan,” katanya lagi dalam sidang akbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman.

REE
SUMBER: MENTERI BESAR KEDAH

Beliau yakin bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli akan merangka dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan dasar mineral negara supaya sejarah lampau tidak diulangi.

Ekoran perkhabaran ini, hashtag #WakedahForever telah trending di Twitter. Oleh kerana mineral yang dijumpai itu katanya boleh digunakan dalam pembuatan komponen peranti seperti laptop, komputer, dan telefon pintar negeri Kedah dikatakan bakal menjadi negeri terkaya di Malaysia dan menjadi seperti negara fiksyen, Wakanda.

Untuk membaca cerita yang tular di media sosial, klik pada pautan di bawah.

Netizen Tukar ‘Hashtag’ Sokong Pendakwah Kepada Gambar Dan Video Artis K-Pop

Lebih ‘Makan Garam’, Nasihat Pak Utih Di TikTok Ini Raih Perhatian Bakal Suami

‘Nasi Goreng, Kicap Manis, Terima Kasih’ – Bebelan Minions Dalam Bahasa Malaysia Curi Perhatian