Proton pada hari ini telah mengadakan sebuah aturcara dalam memperkenalakn logo dan slogan terbaru mereka yang diadakan di Proton Shah Alam.

Logo dan jenama yang hadir dengan rekaan terbaru bersempena dengan evolusi Proton sejak mengumumkan kerjasama strategik bersama Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017 yang memperlihatkan peningkatan mendadak dari segi penjualan bagi jenama Proton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelancaran logo terbaru Proton dengan tagline inspiring connections antara yang menjadi highlight utama dalam acara ini.

Disebalik logo yang tampak lebih moden dan fresh ini, para netizen nampaknya mempunyai pendapat berbeza dimana logo terbaru ini dilihat agak mirip dengan logo kartun popular ThunderCats. Bezanya, logo terbaru Proton ini hadir dengan sisi berbeza berbanding logo ThunderCats. Tidak kurang juga yang berpendapat pelancaran logo ini sangat sesuai dengan era baru jenama ini.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan buat Proton diatas pelancaran logo terbaru. Semoga lebih banyak kejayaan bakal diperoleh Proton melalui era logo terbaru ini. Proton X50 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi sudah pastinya antara yang dinantikan orang ramai dengan penyertaan logo terbaru ini.

Kami kongsikan kepada beberapa lagi artikel berkaitan Proton X50 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tonton Pandang Pertama Geely Binyue Yang Bakal Dijenamakan Sebagai Proton X50

Proton X50 Dengan Pemanduan Sebelah Kanan Sudah Mula Diuji Atas Jalan Raya

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands