Sebelum ini, perkhidmatan ikonik feri yang menjadi sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ini pasti dirindui ramai. Terbaharu, tular gambar keadaan feri yang sudah tidak digunakan di Limbungan Bagan Dalam.
Feri Pulau Pinang ni pakai terbiaq lagu tu ja. Rugi betul tak jaga warisan negeri. Dulu org mai Pulau Pinang sebab nak try naik Feri ni la… pic.twitter.com/4GynvLOZ3x
— Abg Manis (@iwanqais) June 5, 2021

Menerusi gambar yang tular, dapat dilihat keadaan feri tidak diselenggara dengan baik sehingga feri sudah dimasuki air akibat berlaku kebocoran. Malah, feri juga kelihatan senget sebelah seperti mahu tenggelam.
Lantaran gambar yang tular, rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa kerana feri tersebut tidak dijaga sebaiknya walaupun sudah tidak digunakan. Malah, feri tersebut pernah menjadi kebanggaan Pulau Pinang pada satu ketika dahulu dan boleh dipamerkan kepada pelancong kelak jika dijaga sebaiknya.
WHYYY. bukan kah feri tu banyak sejarah? why don't we use it as display?!? kenapa kena buat je macam ni?!?! we can't let this… https://t.co/D0PA01KLoB
— in2u braincells (@saraho_oman) June 6, 2021
Used to live in Butterworth. I dont really remember the places we visit on the pulau, but the ferry trip was always the one I looked forward to the most. Duduk depan kejap, pastu gayat, masuk balik. Panjat tangga naik atas, turun balik. Ulang. https://t.co/otS5RpO0PJ
— . (@kazizikazhan) June 5, 2021
sampai sekarang mcm tak faham kenapa kena stopkan… pastu duk biaq terbiar mcm ni baik tkyah stop https://t.co/evDZRv6QVO
— ♡🌕🎮 (@Alisyhhh) June 5, 2021
Mendapat pelbagai reaksi netizen, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng telah melawat untuk melihat keadaan Feri Pulau Pinang . Hasil siasatan mendapati, terdapat beberapa lubang kebocoran dan mengakibatkan air masuk ke dalam feri melalui lubang berkenaan lalu memenuhi bilik engin.
Lalu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd telah mengambil tindakan dengan mengepam air keluar dan melakukan kerja-kerja pembaikan.
Untuk pengetahuan anda, Feri Pulau Pinang ditempatkan di Limbungan Bagan Dalam sehingga Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memuktamadkan urusan pajakan feri tersebut kepada pembida yang berjaya. Pajakan Feri Pulau Pinang bertujuan untuk dijadikan sebagai muzium dan akan ditempatkan di Tanjung City Marina kelak.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Pulau Pinang pada pautan di bawah ini.
Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia
Penginapan Unik Airbnb Di Pulau Pinang Tawar Gelongsor Dan ‘Hammocks’ Ini Curi Perhatian Netizen