Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ telah ditayangkan di TV3 menampilkan gandingan hebat Zamarul Hisham dan juga Rita Nadira. Sejak tayangan telemovie tersebut sehingga sekarang, ia masih menjadi bualan ramai.

Bagi anda yang tidak sempat menonton, telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ ini berkisahkan tentang kesetiaan Razil (Zamarul Hisham) terhadap isterinya bernama Salinah (Rita Nadira) dan tetap menyayanginya walaupun telah meninggalkannya demi lelaki lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, keika Salinah sudah terlantar lumpuh, Razil masih setia menjaga dan sudi untuk merujuk ikatan perkahwinan mereka tetapi tidak sempat kerana Salinah telah menghembuskan nafas terakhir ketika majlis akad nikah.

Susulan tayangan telemovie tersebut, rata-rata penonton berasa sedih dan mengalirkan air mata serta telemovie itu meninggalkan kesan emosi kepada para penonton serta ramai mahu telemovie ini ditayangkan semula.

Berjaya bermain dengan emosi penonton, rupanya jalan cerita telemovie sedih ini diadaptasikan daripada kisah benar yang berlaku di Perlis. Difahamkan, Razil sebenar sudah berusia 70 tahun dan masih setia dengan isterinya itu.