Tidak dapat dinafikan bahawa penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
Industri pelancongan adalah industri pertama terkesan dan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. Jika dahulu kita berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kita akan lihat kemeriahan pengunjung yang tidak putus-putus.
Akan tetapi, ketika ini keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lengang. Mana tidaknya, beribu pekerja telah diberhentikan dan kedai-kedai didalam kawasan lapangan terbang juga ada yang telah tutup.
Kita dapat lihat suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang lengang menerusi perkongsian pengguna Twitter @sitiraudzah. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen.
Kapal terbang di KLIA yang direhatkan. Maka beribu pekerja juga turut diberhentikan. Jurutera, pekerja teknikal, pramugara, kakak pencuci dan ramai lagi. Kosong. Semuanya telah dibungkus. Bagi para pekerja yang telah hilang punca pendapatan, apakah yang mereka hendak jimatkan? pic.twitter.com/bvj73ipEH1
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) September 29, 2020
Malah, rata-rata netizen berasa sayu melihat keadaan lapangan terbang yang boleh diumpamakan seperti ‘ghost town’. Para netizen juga ada berkongsi momen mereka apabila berkunjung ke sana baru-baru ini.
Tidak hanya itu, para netizen juga merindui suasana sibuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu di setiap pelusuk.
Nak share juga moment2 terakhir dekat airport. Memang sedih, siapa sangka tempat yang paling busy boleh jadi sunyi mcm ni.
Btw background music tu mmg real lagu nasyid diorg pasang dekat airport bukan tambah2 sendiri. 😅 pic.twitter.com/9H0OHi4q5C
— AD 🇲🇾🚀 (@_dibsy) September 29, 2020
Sis nak tunjuk jugak bahagian international air asia habis kedai semua bungkus, berkemungkinan 2 tahun akan datang baru bukak im just sad😞 pic.twitter.com/ut3DZ6yagB
— asya, D-500 KJM🐰 (@cottonjunho) September 29, 2020
Saya pun salah sorang staff diberhentikan di klia2 kat f&b☹. Rindu suasana airport yang hari hari busy, rindu nak berlari kat dalam airport sebab nak clock in, rindu nak jumpa customer yang perangai macam h*ram😂
— kimi😊 (@khalid_hakimi19) September 29, 2020
If possible get your kids the face shield as well! Also try to wear gloves & if you are not feeling well tell the crew on board. Don’t be selfish , we won’t kill you if you confess. Also if you are req to quarantine yourself, do it! I did it for 4x tak mati pun!
— al🦋 (@allyciatann_) September 29, 2020
Ketika ini, memang saat yang sukar buat semua orang. Diharap anda semua akan cekal dan tabah dalam menghadapi cabaran. Jangan putus asa dan sama-samalah kita jaga diri membendung penyebaran COVID-19 ini.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel individu yang bangkit daripada kehilangan pekerjaan disebabkan COVID-19 pada pautan di bawah.
11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen
Dari Awan Turun Ke Jalanan, Lelaki Ini Kongsi Persamaan Jadi ‘Rider’ E-Hailing Dan Juruterbang
3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak