Mula ditayangkan pada tahun 1999, kini pada tahun 2021 drama siri Gerak Khas telah ditamatkan. Ramai mulai terkejut apabila drama siri terakhir Gerak Khas ditayangkan di TV3 dan bukannya di RTM.

Untuk pengetahuan anda, drama siri itu sudah tamat ditayangkan pada hari Sabtu yang lalu dan ia hadir dengan lebih 1,000 episod secara keseluruhannya menjadikan ia drama siri paling panjang bersiaran menurut Malaysia Book Of Records.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Drama siri Gerak Khas ini berkisahkan tentang pihak polis menyelesaikan pelbagai jenayah yang berlaku di Malaysia seperti kes pembunuhan, rompakan, penculikan dan banyak lagi.

Menurut Datuk Yusof Haslam, dirinya tidak menyangka bahawa siri Gerak Khas dapat diteruskan dalam satu tempoh yang lama. Ini semua disebabkan sokongan padu penonton sepanjang siri Gerak Khas ditayangkan.

Rata-rata netizen telah menzahirkan rasa sedih apabila drama siri Gerak Khas ini telah melabuhkan tirainya. Para netizen turut mengatakan drama tersebut telah menemani masa muda mereka dan memberikan hiburan kepada mereka.

Adakah anda sempat menonton episod akhir Gerak Khas pada Sabtu yang lalu? Apakah perasaan anda selepas ia tamat?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Gerak Khas pada pautan di bawah ini.

Selepas 20 Tahun Bersiaran Di RTM, Netizen Terkejut Siri Akhir Gerak Khas Bakal Ditayangkan Di TV3

Terima Sambutan Hangat Dari Peminat, Yusof Haslam Sahkan Ini ‘Titik Noktah’ Buat Gerak Khas

Bakal Pencen Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Dapur Gerak Khas