Sebelum ini kita dikhabarkan dengan beberapa penutupan hotel dan kini Hotel Puteri Pacific di Johor Bahru pula bakal ditutup. Beroperasi 29 tahun, hotel ini akan henti operasi secara rasmi pada 30 Ogos 2020.

Hotel Puteri Pacific ini cukup dikenali oleh pelanggan tempatan dan luar negara berikutan lokasinya yang strategik berdekatan dengan Johor Bahru City Square Mall.

photo_2020-08-27_18-15-34

Untuk pengetahuan anda, hotel ini dikenali sebagai The Puteri Pan Pacific sebelum diambil oleh Puteri Hotels Sdn Bhd pada tahun 2005. Disebabkan hotel ini ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak pengurusan memutuskan untuk menutup hotel ini selamanya.

Keputusan penutupan tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih selepas mendengar berita tersebut. Malah, para netizen juga berkongsi kenangan manis ketika berkunjung ke hotel itu.

Adakah anda pernah menginap di sini? Secara personal, kami pernah menginap di sini dan berasa sedih kerana hotel ini akan ditutup. Apa kata kongsikan kenangan anda di sini jika ada.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa hotel di tutup? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lebih 40 Tahun Beroperasi, Holiday Inn Resort Di Pulau Pinang Bakal Ditutup

Lebih 7 Tahun Beroperasi, Hotel Four Points by Sheraton Di Sandakan Telah Ditutup Secara Rasmi

Berjaya Tioman Resort Bakal Ditutup Selepas Lebih 50 Tahun Beroperasi