Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap jenis kenderaan yang dihasilkan, pasti ada kaki modifikasi yang akan mengubah suai kenderaan tersebut, tidak kira sama ada dari segi kuasa, kemasan luaran ataupun dalamannya.

Baru-baru ini pengguna Facebook memberikan pelbagai reaksi setelah melihat beberapa gambar dan satu video menunjukkan sebuah kereta dipercayai model Perodua Axia yang telah diubah suai pada bahagian luaran serta dipenuhi dengan ‘contengan vandalisme’ sehingga menampakkannya seperti ‘besi buruk’.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →
@pizkhairy

berapi api bha barang tu..#fypdongggggggg #fypシ #toodamnlowsabahan #piruhluncaiairsuspension #axianakalkeseorangan

♬ bunyi asal – Piz Khairy – Piz Khairy

Kereta itu telah direndahkan sehingga di dalam satu rakaman video jelas kelihatan bahagian bawah kenderaan tersebut bergesel dengan permukaan jalan sehingga mengeluarkan percikkan api.

Rata-rata ramai yang kurang senang melihat kereta tersebut diubah suai sebegitu rupa kerana ia tidak nampak ‘cantik’ mahupun ‘berseni’, bahkan menambah sakit mata apabila melihatnya.

Sumber Gambar: Malaysian Modders

Sumber Gambar: Malaysian Modders

Sumber Gambar: Malaysian Modders

Sumber Gambar: Malaysian Modders

Sumber Gambar: Malaysian Modders

Bagi peminat modifikasi kenderaan, mereka merasakan ianya satu ‘art berat’, tetapi bagi orang ramai pula, mereka merasakan ia hanyalah sebuah kereta yang menyusahkan pemandu serta penumpang dan tidak sesuai untuk dibawa di atas jalan raya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Tular sebelum ini seorang pemilik Myvi guna ‘steering potong’, seorang pakar automotif sebab kenapa ianya bahaya untuk digunakan pada kereta harian.

Pakar Jelaskan Kenapa Reka Bentuk ‘Steering’ Seperti Ini Bahaya Untuk Kereta Kegunaan Harian

Tidak Dapat Bergerak Kerana Jalan ‘Sempit’, Pemandu Rolls-Royce Salahkan Kereta BMW

‘Kami Bukan Republik Pisang’ – Indonesia Beri Peluang Kedua Kepada Tesla Untuk Teruskan Rundingan