Menunaikan solat Jumaat adalah kewajipan buat setiap lelaki dan sudah semestinya kita tidak mahu ketinggalan menunaikan ibadah wajib yang hanya hadir sekali seminggu ini.

Dalam satu perkongsian di Facebook oleh Shareen Omar hari ini, dia yang menonton siarang langsung solat Jumaat di kaca televisyen terkejut melihat seorang lelaki yang bersembahyang sambil mendukung anak kecil di pangkuannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian yang dibuatnya itu ketika artikel ini ditulis sudah mendapat lebih 500 komen dan 3000 lebih perkongsian oleh netizen.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga memuji tindakan lelaki itu.

jumaat1

Netizen juga turut mempertahankan tindakan lelaki itu menunaikan solat sambil mendukung anaknya itu bagi menjawab persoalan sama ada sah atau pun tidak solat tersebut.

jumaat2

jumaat3

Jika abang ini yang masih mempunyai anak kecil pun mampu untuk menunaikan solat Jumaat, apa pula alasan kita yang masih bujang dan tidak mempunyai halangan ini kan?

Baca kisah lelaki ini yang menitiskan air mata selepas terserempak dengan empat sekeluarga yang pulang dari hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap anak kecil mereka. Klik link di bawah untuk baca. 

Dua Kali Menangis, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Bantu Keluarga OKU Di Lebuh Raya

Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Masih Ada Pelanggan Yang Biadap Dengan Pekerja OKU

Sikap Muafakat Yang Ditunjukkan Adik Ini Buat Uncle Cina Bergenang Air Mata

 

Sumber