Pada awal bulan lalu, orang ramai mengecam tindakan segelintir penduduk kawasan perumahan flat yang cop parkir menggunakan pelbagai jenis kon dan botol simpanan air.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Baru-baru ini tular beberapa rakaman video seorang penduduk di satu kawasan perumahan flat telah menunjukkan gelagat segelintir jirannya yang cop parkir menggunakan tong sampah berwarna oren dan motosikal.

Dalam video pertama, seorang lelaki segera keluar daripada keretanya untuk meletakkan tong sampah bagi mengelakkan orang lain masuk meletakkan kenderaan dalam kotak parkir di kawasan terbuka itu.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Manakala dalam video kedua pula menunjukkan seorang lelaki mengambil masa lebih satu minit untuk ‘adjust‘ posisi sebuah motosikal dipercayai miliknya di hadapan satu kotak parkir kosong.

Video ketiga pula menunjukkan seorang wanita menarik tong sampah yang berada di belakang ke hadapan kotak parkir sebelum dia masuk ke dalam kereta untuk meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Perkongsian ketiga-tiga video itu telah menerima pelbagai kecaman netizen yang berasa kurang senang selepas melihat tindakan yang kurang sensitif terhadap penduduk kejiranan lain.

Sumber Gambar: Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

Untuk makluman semua, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, petik Harian Metro.

Sebelum ini ada kawasan parkir perumahan PPR dipenuhi dengan kon dan botol simpanan air yang dijadikan sebagai ‘tanda cop parkir’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Ini Bukan Kondominium!’ – Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir

Kecewa Sikap Segelintir Penduduk PPR, Norlia Ghani Berhasrat Mahu Pindah Rumah

‘Cekik Darah Dan Tidak Berbaloi’- Iklan Sewa Rumah PPR Berharga RM1,400 Sebulan Buat Netizen Terkejut