Syamsul Yusof yang akhirnya mengaku beliau telah berkahwin dengan Ira Kazar telah mendapat perhatian ramai dan isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana turut telah mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinan tersebut.

Ketika ramai yang memberi memberi pandangan pelbagai tentang perkahwinan tersebut, ulasan Sajat tentang isu itu menerima pujian selepas dia ditanya untuk memberi pendapat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Sajat, dia tidak menyokong mana-mana pihak dan menasihatkan orang ramai untuk tidak masuk campur urusan keluarga dan berkata perkara seperti ini perlu diselesaikan oleh mereka sendiri dan bukannya dibantu netizen.

“Kita tak payah masuk campur, yang kahwinnya mereka. Kahwin dua kahwin tiga ke bukan perkara baharu. Itu urusan keluarga mereka dan biarlah mereka selesaikannya dengan elok. Doakan yang baik-baik lebih afdal daripada kita nak bagi pendapat. Sebab kita ni tidak berada di tempat mereka,” kata Sajat.

@sajjadlegacy

♬ original sound – sajjadlegacy – sajjadlegacy

“Dalam Islam pun menghalalkan benda itu. Cukup make it easy. Kamu tak perlu sibuk hal orang. Dia tu selebriti sebab itu orang ambik perhatian. Tak payah sibuk hal orang, kita doa yang baik-baik sahaja,” tambahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji ulasan daripada Sajat dan bersetuju supaya semua pihak untuk beri ruang kepada Syamsul dan Puteri Sarah untuk selesaikan perkara itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen

“Pandai Sajat ulas. Kita memang tak perlu komen bukan-bukan. Biarlah keluarga mereka yang selesaikan. Kita jaga family kita sudah,” komen salah seorang netizen.