Baru-baru ini tular sebuah video TikTok dimana menunjukkan pemilik video bersama rakannya membeli minuman Starbucks buat pertama kali. Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana luahan perasaan berkaitan pengalaman mereka membeli minuman Starbucks.

Menerusi video tersebut, pengguna TikTok @sleeplesssssssss mengatakan bahawa dirinya terkejut apabila minuman dipesannya bernilai sehingga RM34. Menurutnya, beliau yang pertama kali membeli minuman Starbucks itu hanya mengambil saranan barista tetapi tidak sangka perlu menambah wang untuk customize minumannya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@sleeplesssssssss/video/6946400347388693761?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6873301627076855298

Lantaran perkongsian tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati kepada pengguna TikTok tersebut kerana tidak dibantu oleh barista sebaiknya sekaligus menjadikan pengalaman pertama membeli minuman di Starbucks tidak menyenangkan.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga barista Starbucks yang mengatakan bahawa seharusnya barista tersebut menerangkan dengan baik apa yang akan dikenakan caj atau tidak terutama sekali kepada pembeli yang baru pertama kali mahu mencuba.

https://twitter.com/tiulakitum/status/1378050471382765569?s=21

sb1

sb2

sb3

Akan tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa pengguna tersebut seharusnya menolak ketika barista itu memberikan saranan untuk membuat sebarang penambahan. Mungkin disebabkan pengguna tersebut baru pertama kali mahu mencuba minuman Starbuck, maka mereka tidak tahu. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Starbucks pada pautan di bawah ini.

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

Niat Perlecehkan Barista Berbahasa Malaysia, Aduan Lelaki Cina Ini Dikecam Hebat Netizen