Seperti sedia maklum, orang barat sememangnya gemar menghasilkan konten video yang pelik atau sesuatu yang berbentuk cabaran. Maka tidak hairan, konten makan makanan tempatan terutamanya dari Malaysia atau Nusantara sering dijadikan ‘modal’ untuk viral dan meraih views yang banyak.

Terbaharu, tular satu perkongsian video TikTok yang memaparkan gelagat seorang ‘Mat Salleh’ bernama Scott tersalah makan buah-buahan dari Asia Tenggara. Difahamkan, Mat Salleh tersebut sedang menetap di Bali, Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menggelikan hati apabila melihat reaksi muka beliau semasa memakan isi buah manggis sekali dengan kulitnya. Buah manggis yang sepatutnya berasa manis bertukar menjadi pahit disebabkan getah yang terlekat pada kulit manggis itu.

Berdasarkan video, segelintir netizen juga perasan bahawa ‘Mat Salleh’ berkenaan tersalah cara untuk makan buah-buahan yang lain misalnya limau barli sepatutnya dimakan dengan hanya menelan isi pulp dan kulitnya perlu dibuang kerana terasa pahit begitu rambutan yang tidak perlu ditelan bijinya.

Dapat dilihat juga cara mengupas kesemua buah-buahan itu salah dan sepatutnya tidak perlu menggunakan pisau tetapi kupas menggunakan tangan sahaja sudah boleh. Mungkin sudah resmi orang barat yang semestinya mementingkan cara makan menggunakan peralatan seperti pisau, sudu dan garpu.

Lantaran tularnya video itu, rata-rata netizen menzahirkan simpati terhadap ‘Mat Salleh’ berkenaan kerana beliau tidak tahu cara yang sebenar untuk memakan kesemua buah-buahan dalam video tersebut.

photo_2021-03-19_17-14-40

Ada juga pengikut Scott yang mahu beliau cuba makan buah durian bersama kulitnya sekali. jika kita ingin belajar sesuatu perkara, kita mestilah bertanya kepada mereka yang pakar dan betul kata pepatah ‘malu bertanya sesat jalan’. Walau bagaimanapun, ‘Mat Salleh’ berkenaan memberikan maklum balas yang positif terhadap rasa buah-buahan yang dimakannya itu sudah membanggakan.

Mat Salleh ini mahu orang makan nasi guna pisau dan garpu. Baca lagi menerusi pautan di bawah.

Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau Dan Garfu, Larang Guna Tangan

Dakwa Baju Kurung Sudah Dilupai Rakyat Malaysia, Netizen Bersatu Tempelak ‘Inisiatif’ Minah Salleh Ini

Serangan Anti Asia Merebak Di Amerika Syarikat, Apakah Punca Di Sebalik Kejadian Ini?

Sumber