Seorang pengguna media sosial dari Singapura telah bertindak mengutuk rakyat Malaysia yang meletakkan motosikal mereka di kaki lima di Singapura.

Tidak habis disitu, pengguna maya turut mempamerkan jumlah saman yang dikenakan ke atas penunggang motosikal tersebut di negara mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengguna Facebook menulis, “28 Februari 2023. Sebuah basikal Malaysia yang tidak sah, berhutang saman bernilai $778 (RM2,589.30) sejak 17 Februari 2020, terus meletakkan kenderaan secara haram di laluan kaki lima berbumbung.”

Pada imej yang dimuat naik, motosikal telah diletakkan di bahagian kaki lima jalan sehingga menyukarkan pejalan kaki untuk menggunakan kawasan tersebut semasa cuaca hujan.

Di ruangan komen, sebahagian netizen mempersoalkan mengapa penunggang motosikal itu masih dibenarkan untuk masuk atau keluar dari Singapura sedangkan dia mempunyai begitu banyak denda yang tidak dibayar.

Bagaimanapun, pertengkaran berlaku di antara netizen Malaysia dan Singapura apabila ada sebahagian pengguna maya dari Malaysia yang mempertahankan tindakan lelaki tersebut.

Mereka juga menyamakan sikap pengguna kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia untuk mengisi minyak di negara ini.

Apa-apa pun, perkara yang menyusahkan orang ramai tetap salah, tidak kira di sisi undang-undang, mahupun kemanusian.

Sikap penunggang motosikal Malaysia yang suka meletakkan kenderaan di merata tempat wajib dikecam kerana ia menyusahkan orang ramai.

Begitu juga dengan sikap pemandu Singapura yang datang ke Malaysia dan mencuri minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.