Masalah gejala aktiviti lumba haram yang masih berleluasa pada hari ini telah banyak menyusahkan pelbagai pihak sehingga banyak sudah kehilangan nyawa akibat perbuatan kurang bermoral itu.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda dengan hukuman lebih berat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Cadangan pindaan akta ini kadar saman akan dinaikkan sehingga RM5,000 atau RM10,000 untuk mengelakkan aktiviti lumba haram ini. Pada masa sama, mereka yang terlibat lumba haram juga bakal dikenakan hukuman penjara.

“Malah ibu bapa kepada remaja yang berusia di bawah 18 tahun yang didapati terlibat di dalam kegiatan lumba haram dan penyokong lumba haram juga akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, lapor Utusan Malaysia.

Susulan cadangan pindaan undang-undang dan hukuman berat itu, hasil tinjauan maklum balas yang dikongsikan oleh pengguna Facebook didapati bahawa ramai yang sangat bersetuju dengan langkah berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai juga berharap undang-undang bagi pesalah memandu atau menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan dadah juga perlu dipinda supaya mereka dikenakan hukuman yang berat.

Sumber Gambar: Facebook Buletin TV3
Sumber Gambar: Facebook Buletin TV3
Sumber Gambar: Facebook Buletin TV3
Sumber Gambar: Facebook Buletin TV3

Satu pasukan khas akan dibentuk antaranya melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Pengangkutan Pengangkutan (JPJ); pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anggota masyarakat dan sebagainya bagi mendapatkan input-input berhubung dengan pindaan tersebut.

“Pasukan khas ini diberi masa tiga bulan untuk melengkapkan input-input yang diperlukan termasuk pandangan masyarakat bagi cadangan pindaan akta ini.

“Pindaan akta itu juga dijangka dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun depan bagi memberi kuasa kepada PDRM dan JPJ untuk menguatkuasakan akta itu dengan lebih menyeluruh,” kata Datuk Isham Ishak.

Sebelum ini netizen menzahirkan sokongan tentang pelaksanaan GEG dan RUU kawalan produk tembakau dan merokok. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Sokong Pelaksanaan GEG & RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022

RUU Anti Lompat Parti Lulus, Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Seorang Pengundi

Individu Melakukan Perbuatan ‘Skodeng’ Boleh Dijatuhkan Hukuman Denda Dan Dipenjara