Masihkah anda ingat apabila ada orang yang memuat naik konten pacak khemah dan makan mi segera di Genting Highlands sehingga ia menjadi sebuah trend?

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video TikTok memaparkan sebuah keluarga yang santai makan di atas lantai ruangan menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

https://twitter.com/arfdy12/status/1566119143069196288

Apa yang mengejutkan adalah apabila keluarga itu membentangkan tikar dan makan seperti sedang berkelah bersama keluarga di tepi pantai sedangkan mereka berada di KLIA. Hal ini telah mengundang rasa kurang senang netizen kerana dikhuatiri akan ada yang mengikut jejak langkah dan menjadikan ia sebagai trend.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju keluarga itu makan seperti berkelah di ruangan menunggu dalam KLIA kerana ia dilihat tidak menghormati pengunjung lain.

https://twitter.com/jaz_zminte/status/1566423898446790656

Selain itu, para netizen turut mengatakan bahawa sepatutnya mereka makan di tempat yang telah disediakan seperti food court dan juga mengatakan bahawa tindakan keluarga tersebut ‘menganggu’ pengunjung lain.

Sementara itu, sebelum ini tular ‘trend’ pacak khemah dan makan mi segera di Genting Highlands yang mengundang rasa kurang senang netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang

Bangga Tayang Raih Puluhan ‘Salted Peanuts’ MAS, Perkongsian Azfar Heri Undang Pertikaian Netizen

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Ikutan Di TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed Buat Pengantin Baharu